Monday, April 6, 2009

Buta Kehidupan

Aku tumbuh di atas muka bumi,
Tidak berpengetahuan,
tidak berilmu,
buta kehidupan.....

Pepohon tua, melihatku sambil tersengeh,
"pokok muda, usaha lebih, baru boleh dpt matahari"
ayat ringkas, tersurat sahaja bagi aku,
langsung tidak terlintas tersirat di benak mindaku,
aku buta kehidupan.....

tercelik mataku akan kehidupan,
bermaksud tanggungjawabku sudah wujud,
tidak pernah aku terfikir akan semua ini,
sekiranya tiada yang mencelikkan aku,
biarkan aku buta, kerana aku tidak bersedia,
kehidupan sudah nampak, aku masih merangkak......

5 comments:

2ndCyllinder said...

kita semua pasti pernah menjadi seperti puisi ini...

BudAk hijAu said...

cool...

2ndCyllinder said...

:)

KARKADEWA said...

aku menangis...

2ndCyllinder said...

puisi yg indah bisa mengguris jiwa..